........WelCoMe.......

~Selagi ada peluang, rebutlah peluang itu. Kerana siapa tahu mungkin ia adalah peluang terbaik dan kadang-kadang peluang itu hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita ini....~

Isnin, 19 April 2010

Perlukan alasan dlm bercinta..??

Perlukah aku sebab untuk mencintai seseorang?? bagi aku TIDAK!! aku tak perlukan sebab kenapa aku mencintai seseorang kerna aku hanya mencintainya kerana dia adalah dia. Dia yg mampu buat aku gembira, yg membuat aku menderita dan sengsara, dia yg mengajar aku mencintai dengan ikhlas...Namun, aku xperlukan sebab yg kuat utk aku terus menyayanginya...
Ada satu kisah lah, (means kt sini ad org cerita kt aku lah..)..
Ada seorang lelaki yang sgt mencintai seorng gadis.. suatu hari si gadis bertanya, "Kenapa awak cintakan saya?" tanya si gadis.
"Sebab awak cantik, suara awak merdu, mata awak cantik, dan semua milik awak adalah cantik lah..!!" jawab lelaki itu. kemudian, mereka berkahwin. Dalam mengecapi bahagia, suatu hari, si gadis itu mengalami kemalangan yang teruk. Dia terpaksa dibedah, wajahnya ada parut, dia hilang suara dan menjadi bisu, matanya buta dan badan2nya ada byk luka dan parut. Si gadis itu menjadi sgt malu utk berhadapan dgn suaminya sendiri dgn keadaannya itu. Dia sgt bimbang jika dia ditinggalkan oleh suaminya.
Namun, setiap hari si suami dtg kpd si isteri tersebut. Akhirnya, si isteri bertanya kpd si suami, "Abang, dulu abang cintakan saya kerna wajah dan segala milik saya adalah cantik. tapi kini saya kehilangan segala-galanya. Kenapa abang masih berada di sini? Masih bersama saya? kenapa tidak tinggalkan saya?? kenapa bang??" luah si isteri dalam tangisnya..
Si suami kelihatan bersalah. Dan akhirnya dia membuka mulut lalu menjawab, " Sebab awak adalah isteri abang dan abang tidak akan tinggalkan orang yang abang sayang hanya kerana awak kehilangan apa yg menjadi sebab saya cintakan awak dulu. Itu hanya luaran, tapi abang tak perlukan sebab utk abang cintakan awak. Cinta abang ikhlas dan abang terima segala kelemahan dan kekurangan awak. Bukan hanya kerana awak memiliki wajah yg jelita yg membuatkan abang cintakan awak, tapi kerana awak adalah awak yg sentiasa bersama abang dalam susah dan senang. Sekarang, awak dh tau kenapa saya tak tinggalkan awak?" senyum si suami kpd si isterinya.
Benarlah, pepatah ini pernah wujud, Cinta tak perlukan sebab dan cinta itu juga buta.

Cintailah seseorang bukan hanya kerna wajahnya ataupun kerna hartanya tetapi kerna keperibadiannya. cintailah nya seikhlas yg mungkin....terima lah seseorang itu dengan seadanya.....!!


cutenya...!! will u marry me..???

LOVE,
LaveNdar..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan